Lelaki yang dilaporkan menggunakan kata-kata kesat terhadap seorang promoter bir di sebuah pasaraya memohon maaf secara terbuka atas tindakannya yang tular di media sosial.

Dalam video lain yang dikongsi di Youtube Milo Suam, lelaki itu, yang mengenal dirinya sebagai Eddy Rejang, berkata dia kini mengakui kesilapannya dan menyesali tindakannya.

Oleh itu, dia berharap isu itu tidak akan dipanjangkan oleh mana-mana pihak, kerana katanya, dia telah bertemu MP Kepong, Lim Lip Eng dan juga meminta maaf kepadanya.

Eddy menambah bahawa Lim membertahunya yang satu pertemuan akan diatur dengan promoter itu.

Dalam reaksinya terhadap video yang tular itu, Lim membuat laporan polis mendesak langkah diambil untuk menangani ketegangan kaum di negara ini.