SUBANG JAYA 27 Nov. - Polis menahan sekumpulan lelaki yang berkumpul dipercayai mahu menimbulkan kekecohan berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights, di sini sebentar tadi.<br /><br />Kumpulan berbaju hitam seramai lebih 50 orang itu enggan bersurai walaupun telah berkali-kali diberi amaran oleh pihak polis yang berkawal.
