Barisan ahli parlimen kerajaan menyelar tindakan pihak yang mengugut nyawa seorang menteri Kabinet pada 2 Disember lalu.

Terdahulu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub menerima bangkai seekor lembu dan nota ugutan bunuh di hadapan pusat khidmat masyarakat DUN Simpang Jeram di Johor.

Sementara itu, sumber memberitahu Malaysiakini kejadian pada 2 Disember lalu itu sedang disiasat pihak berkuasa dan suspek telah ditahan polis.

Bagaimanapun, sumber berkata tidak pasti punca kematian bangkai lembu tersebut.

Malaysiakini sedang menghubungi pihak polis bagi mendapat maklumat lanjut mengenai kes ini.