Persidangan Dewan Rakyat hari ini panas dengan tindakan terhadap Datuk C. Sivarraajh yang semalam diarah meninggalkan sidang Dewan Rakyat oleh Speaker mendapat bantahan kebanyakan anggota Parlimen pembangkang hari ini.<br /><br />Yang Dipertua Datuk Mohamad Ariff Md Yusof mengarahkan Sivarraajh supaya meninggalkan sementara sidang Dewan Rakyat pagi semalam sehingga beliau mendapatkan penjelasan mengenai status Sivarraajh sebagai Anggota Parlimen Cameron Highlands.<br /><br />Mahkamah Pilihan Raya pada 30 Nov lepas mengisytiharkan kemenangan Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah terbatal dan tidak sah selepas memutuskan berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.