Surprise Me!

Belanjawan 2019 diluluskan Dewan Rakyat

2018-12-07 2,084 Dailymotion

Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2019 diluluskan Dewan Rakyat malam tadi, selepas mendapat sokongan majoriti anggota Parlimen melalui undian suara.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof mengumumkan keputusan itu pada kira-kira 10.20 malam tadi.

Terdahulu, RUU Perbekalan 2019 dibentangkan untuk bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan disokong Timbalannya Datuk Ir Amiruddin Hamzah.

RUU Perbekalan 2019 yang dibentangkan Lim pada 2 Nov lalu, dibahaskan selama 15 hari pada peringkat dasar dan peringkat jawatankuasa sejak 12 Nov lepas.

Belanjawan 2019 memperuntukkan sejumlah RM314.5 bilion dan daripada jumlah itu, RM56.7 bilion adalah untuk Perbelanjaan Pembangunan.

Persidangan dewan bersambung Isnin depan. - Bernama

Buy Now on CodeCanyon