Pasukan bola sepak negara yang bakal menentang Vietnam esok malam dalam perlawanan akhir Piala AFF Suzuki disuntik kata-kata semangat dari penghibur nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza.<br /><br />Menerusi akaun Instagramnya, Siti turut menyanyikan sedutan lagu semangat Ultras Malaya yang sering bergema di stadium setiapa kali pasukan negara yang dikenali sebagai Harimau Malaya beraksi.
