Bekas pengerusi Tabung Haji Abdul Azeez Abdul Rahim mempertahankan bahawa agensi itu membayar hibah pendeposit mengikut syarat peruntukan yang ditetapkan.

Menurut Azeez, bayaran hibah itu sudah mendapat sijil kebenaran dari jabatan audit negara dan Tabung Haji telah diaudit setiap tahun.

Justeru menurut Azeez, beliau melihat terdapat cara untuk membawa Tabung Haji dibawa ke kancah politik.

"Saya harap janganlah menteri membawa Tabung Haji ke kancah politik," kata Azeez dalam satu sidang media di Parlimen sebentar tadi.

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa berkata Tabung Haji melanggar dua syarat pemembayaran hibah (dividen) sejak 2014.

Mujahid menjelaskan, terdapat dua syarat tersebut merupakan sebelum pembayaran hibah dibuat, aset tidak boleh kurang daripada liabiliti dan perlu terdapat keuntungan yang boleh diagihkan.