Setiausaha Agung Umno Annuar Musa mengesahkan terdapat anggota Parlimen parti itu dari Sabah yang ingin menyertai kerajaan di bawah pimpinan Pakatan Harapan kerana kekangan dana untuk peruntukan di kawasan mereka.

Annuar berkata beliau menyerahkan keputusan tersebut kepada anggota parlimen yang terbabit, memandangkan Umno sendiri tidak mempunyai wang akibat akaun dibekukan.

"Rumusan saya buat politik di Sabah agak unik dan agak tersendiri apa yang saya selami mereka mahu bersama dengan yang berkuasa kerana pelbagai perkara termasuk peruntukan dan kewangan.

"Dan kita Umno terpaksa berterus terang kalau bercakap soal wang kita tidak ada wang. Malah semua akaun kita dibekukan.

"Jadi apa pun perkara berkaitan soal wang kita tidak dapat berbuat banyak," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas desas-desus mengenai empat anggota parlimen Umno dari Sabah yang akan keluar parti dan menyertai Warisan.