Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kanda Kandasamy tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk menghadapi pertuduhan susulan pengubahan laporan audit negara berkaitan 1MDB.

Beliau tiba di perkarangan mahkamah jam 8.06 pagi menaiki Honda Odyssey warna kelabu diringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM).

Beliau yang mengenakan sut hitam, berjalan ke dalam bangunan mahkamah sambil tersenyum tanpa membuat sebarang ucapan.

Arul Kanda bermalam di lokap SPRM setelah ditangkap tidak berapa lama selepas hadir ke ibu pejabat badan antirasuah itu di Putrajaya kira-kira jam 9.45 pagi semalam.

Beliau akan berdepan satu pertuduhan bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 susulan pengubahan laporan audit negara berkaitan 1MDB.