Surprise Me!

MIC kekal bertanding di Cameron Highlands

2018-12-13 498 Dailymotion

Presiden Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan MIC akan bertanding untuk kerusi Cameron Highlands pada pilihan raya kecil akan datang.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas di PWTC hari ini.

Cameron Highlands adalah secara tradisional merupakan kerusi MIC. Ia dimenangi oleh C Sivaraajh pada pilihan raya umum pada Mei lalu dengan majoriti 567 undi.

Bagaimanapun, kerusi itu diisytiharkan kosong oleh Mahkamah Pilihan Raya Kuala Lumpur pada November, susulan dakwaan wujud amalan rasuah semasa berkempen.

Namun Sivarraajh menafikan ada merasuah penduduk Orang Asli di kawasan itu dan berkata beliau akan membuat rayuan kepada mahkamah berhubung pembatalan kemenangannya di kerusi berkenaan.

Buy Now on CodeCanyon