Tidak menghiraukan kenyataan yang didakwa bercanggah berhubung isu laporan Tabung Haji sebelum ini, Mujahid Yusof hari ini mempertahankan kenyataannya dengan hasrat untuk meneruskan pemulihan agensi tersebut.<br /><br />Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata apa yang penting buat masa ini adalah supaya pendeposit dapat menikmati perkhidmatan yang lebih baik dari TH.<br /><br />Beliau berkata demikian ketika ditanya berkaitan penjelasan bekas pengerusi TH Abdul Azeez Abdul Rahim berkaitan pendedahan beliau sebelum ini, pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini.