Anggota Parlimen Tanah Merah yang juga Ketua Umno Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz yang mengumumkan keluar parti hari ini sebak ketika membuat keputusan mengenai karier politiknya.<br /><br />Kata Ikmal Hisham, keputusan itu diambil setelah memikir dengan semasak-masaknya demi masa depan penduduk Tanah Merah yang diwakilinya selain mahu mengembalikan kuasa Melayu dan Islam.