Amanah hari ini melancarkan pertandingan membuat skrip cerita pendek (cerpen) yang bertujuan menentang pandangan Islam yang melampau di negara ini, bertemakan 'Rahmatan lil alamin' (Islam sebagai rahmat untuk semua).

Pengarah komunikasinya Khalid Abdul Samad berkata mereka merancang untuk mengadaptasi karya pemenang ke drama, yang kemudiannya disiarkan di televisyen dan diterbitkan di media sosial untuk menggambarkan imej Islam sederhana.

Parti itu menawarkan RM10,000 untuk hadiah pertama, manakala RM8,000 dan RM5,000 akan diberikan sebagai hadiah kedua dan ketiga. Terdapat juga tiga hadiah saguhati sebanyak RM1,000 setiap satu.

Khalid mengumumkan perkara itu kepada pemberita semasa sidang media di Konvensyen Nasional Amanah di Ipoh, Perak hari ini.