Surprise Me!

Adakan mesyuarat MT segera! - Hishamuddin

2018-12-17 1 Dailymotion

Bekas Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishamuddin Hussein menggesa supaya Umno segera mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi bagi membincangkan krisis yang melanda parti berkenaan .

Menerusi laman Twitternya, Hisham melahirkan rasa kebimbingan apabila tindakkan anggota parlimen yang keluar dari parti tersebut secara beramai-ramai.

Jelasnya lagi, jaminan harus diberikan di setiap peringkat bagi menangani krisis yang berlaku di peringkat akar umbi.

Kenyataan Hisham itu dibuat susulan satu demi satu anggota parlimen daripada parti itu keluar parti bermula dari Sabah minggu lalu.

Di Sabah tindakan keluar parti itu melibatkan lima anggota Parlimen , sembilan Adun dan dua Senator.

Ia kemudian disusuli dengan tindakan enam anggota Parlimen di Semenanjung mengikut jejak langkah sama.

Perkembangan terbaru itu menyebabkan Umno kini Hanya memiliki 38 kerusi Parlimen berbanding 54 yang dimenangi pada pilihan raya umum lalu.

Buy Now on CodeCanyon