Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin memuji tindakan Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad yang memohon maaf berhubung kenyataan beliau berkaitan manifesto dengan menyandarkan kepada Nabi Muhammad.

Menurut Asri dalam laman Faceboknya , tindakan Khalid yang memohon maaf atas kesilapan ataupun keterlanjuran bercakap menunjukan bahawa beliau seorang berjiwa besar .

Jelas Asri lagi, kebanyakan orang politik sukar untuk mengakui kesilapan atas kepentingan sokongan.

Justeru jika ada yang mudah mengakui kesilapan bila terbukti maka sikap baik tersebut perlu dihormati.