Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad berkata parti itu tidak akan melebarkan sayapnya ke Sabah.<br /><br />Namun, beliau berkata Bersatu terbuka untuk disertai orang Sabah.<br /><br />"Tidak, kami tidak akan membuka sebarang (cawangan) di Sabah tetapi orang Sabah boleh menyertai parti ini," kata Mahathir kepada pemberita selepas menghadiri suatu majlis di Cyberjaya hari ini.