Surprise Me!

'BERSATU, janganlah jadi terlalu murah terima sesiapa saja jadi ahli'

2018-12-18 5,454 Dailymotion

Anggota Majlis Tertinggi Bersatu, A Kadir Jasin hari ini mengingatkan pemimpin parti-parti Pakatan Harapan, khususnya BERSATU, agar tidak menjadi terlalu murah dengan menerima sesiapa sahaja yang hendak menjadi ahli.

Dalam catatan di blognya, tanpa menamakan nama pemimpin tersebut, beliau berkata sudah ada bekas pemimpin Umno yang tidak laku lagi dalam Umno diambil BERSATU dan diuar-uarkan sebagai kejayaan besar.

Beliau turut menggesa supaya perkara itu dikaji dan difahami latar belakang bekas pemimpin Umno yang hendak diambil tersebut.

Beliau mengingatkan mereka yang keluar Umno dan menyertai serta menyokong BERSATU disebabkan parti mereka sudah rosak dan kalah.

Jelasnya lagi, kepimpinan parti wajib mengutamakan pemimpin dan ahli BERSATU yang berjuang bermati-matian dan mengambil risiko besar dalam perjuangan selama ini.

Katanya dalam pepetah Melayu, jangan sekali-kali menyusukan kera di hutan hingga anak di rumah mati kebuluran.

Buy Now on CodeCanyon