Tun Dr Mahathir Mohamad berkata bahawa beliau tidak bimbang dengan MP Umno cuba berjumpa dengannya dan bakal penggantinya Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata dalam 'Malaysia Baru', semua orang dialu-alukan untuk berjumpa sesiapa sahaja, sama ada dirinya atau anwar.

Terdahulu, Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Abdul Aziz mendedahkan bahawa beliau telah menemui Anwar untuk memastikan Umno tidak dibatalkan pendaftarannya.

Sebagai pertukaran, Nazri berikrar bahawa semua Ahli Parlimen Umno akan menyokong Anwar apabila beliau akhirnya menggantikan Mahathir sebagai perdana menteri.