Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bercakap mengenai syarat-syarat "menghukum" yang dikenakan terhadap Umno dan penghinaan yang terpaksa dilaluinya dalam beberapa mesyuarat yang beliau hadiri.

Presiden Umno yang baru menyerahkan kuasa kepada timbalannya Mohamad Hasan berkata semasa mesyuarat pertama yang dirahsiakan itu, beliau bukan sahaja menghadapi penolakan tapi penghinaan.

Bagaimanapun Zahid tidak mendedahkan butiran terperinci mengenai pertemuan rahsia yang menjadi misteri itu.

Beliau berkata demikian kepada anggota parti itu dalam suatu majlis dialog di Kuala Lumpur malam tadi.

Zahid memaklumkan dalam pertemuan rahsia itu beliau terpaksa membayar harga yang mahal kerana bertegas Umno tidak boleh dibubarkan.

Beliau memberitahu ketika pertemuan berkenaan berlangsung beliau ialah pemangku presiden Umno.