Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) supaya berhati-hati dengan kemasukan pemimpin Umno ke parti itu.<br /><br />Ini kerana, kata Ahmad Zahid, mereka dikatakan mempunyai niat untuk mengambil alih kepimpinan Bersatu berdasarkan pembacaan yang dikongsi WhatsApp.<br /><br />Beliau berkata demikian dalam program dialog di ibu negara semalam.