Surprise Me!

Rusuhan kuil: 6 dihadap ke mahkamah

2018-12-24 1,196 Dailymotion

Enam individu hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya kerana dipercayai terlibat dalam insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya bulan lalu.

Mohammad Shahril Danniel Sajel, 22; Mohammad Saifullah Abdullah, 31; Muhammad Hasneezam Shah Samsudin, 29; Akmal Izzat Aziz, 24 dna Mohd. Norul Ismawi Islahuddin, 40 didakwa di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan (Akta 574) kerana didakwa memiliki senjata dalam insiden rusuhan tersebut.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini.

Kesemua tertuduh tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan.

Sementara itu, Presiden Persatuan India Malaysia, M Manimaran, 38, dalam bacaan berasingan, menghadapi tiga pertuduhan untuk insiden sama.

Dalam pertuduhan pertama di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, beliau didakwa menghalang tugas penjawat awam daripada melakukan tugas dan fungsi mereka.

Selain itu, beliau turut menghadapi pertuduhan Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana dikatakan terlibat melakukan rusuhan dengan tujuan menghalang laluan kenderaan kereta peronda polis untuk keluar daripada kawasan kuil tersebut.

Untuk pertuduhan terakhir, Manimaran didakwa di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dikatakan dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki, Sulaiman Abdullah,32.

Tertuduh tidak mengaku salah dan minta dibicarakan untuk semua kesalahan.

Sebutan semula kes dijadualkan pada 17 Januari depan.

Buy Now on CodeCanyon