Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui kehebatan PAS menganjurkan sesuatu perhimpunan dalam menarik sokongan rakyat, khususnya Melayu-Islam namun ia gagal diterjemahkan dalam bentuk peratusan mengundi dalam pilihan raya apabila gagal menawan Putrajaya pada PRU-14.<br /><br />Kata Muhyiddin, PAS akan menjadi pembangkang buat selama-lamanya.<br /><br />Muhyiddin berkata demikian semasa sidang akhbar di ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya hari ini.