Jabatan Penyiaran Malaysia menafikan dakwaan program keagamaan yang bersiaran di Radio Television Malaysia (RTM) akan dikurangkan mulai tahun depan.

Menerusi satu kenyataan hari ini, jabatan itu menegaskan program agama yang kini bersiaran di RTM tidak akan dikurangkan kerana ia mendapat sambutan yang amat baik daripada penonton.

RTM juga tidak menyekat penyampai berita dan hos program memakai tudung. RTM amat kesal dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab dalam menyebarkan berita yang tidak tepat.

Kenyataan itu merujuk kepada laporan di media sosial yang mendakwa program keagamaan di RTM akan dikurangkan 20 peratus mulai tahun depan.