Presiden Jaringan Melayu Malaysia Azwanddin Hamzah ditahan reman selama empat hari bagi memudahkan siasatan berhubung ucapan kontroversinya, dua hari lalu.

Perkara ini disahkan oleh peguam yang mewakili beliau Mohd Imran Tamrin di mahkamah Klang hari ini.

Ia susulan ucapannya yang mengugut untuk menyerang Balai Polis Klang sekiranya pihak yang menyebabkan rusuhan berhampiran Kuil Seafield Sri Maha Mariamman tidak ditangkap.

Pada perhimpunan di Klang dua hari yang lalu, Azwanddin juga didakwa menghina Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy dengan memanggilnya dengan perkataan “paria”.

"Dia akan direman sehingga Ahad.

"Polis telah memaklumkan bahawa mereka perlu menjalankan siasatan menyeluruh dan mendapatkan laporan risikan mengenai Azwanddin," kata Mohd Imran

Katanya lagi, Azwanddin disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana menghina seseorang.