Sepanjang BN menjadi kerajaan, tidak ada masalah kelewatan pembayaran saraan hidup kepada para peneroka, kata bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Najib melihat sejak kebelakangan ini para peneroka menerima pembayaran lewat sehingga dua bulan daripada tarikh yang sepatutnya diterima mereka.

Kata Najib, ini kerana kejatuhan begitu ketara harga sawit mentah di samping kos pengurusan yang semakin meningkat.

Kata Najib lagi, dalam mengejar kemenangan, Pakatan Harapan berjanji untuk menghapuskan hutang para peneroka sehingga menyebabkan mereka keberatan untuk membayar balik.

Beliau berkata demikian pada sesi Facebook Live hari ini.