PUTRAJAYA 31 Dis. - Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali bakal mengemudi Pusat Jenayah Kewangan Kebangsaan (NFCC) bermula Rabu ini iaitu pusat yang berperanan dalam menangani isu pengaliran keluar wang secara haram.<br /><br />Mustafar yang mengumumkan perkara berkenaan dalam majlis Amanat dan Paluan Berundur Ketua Pengarah Imigresen berkata, menerusi NFCC, pihaknya akan menjalankan pelbagai bentuk operasi termasuk penjejakan audit serta rampasan hasil.
