Enam daripada sembilan Raja-Raja Melayu menghadiri mesyuarat khas Majlis Raja-Raja di Istana Negara pada 10 pagi tadi.

Difahamkan, agenda mesyuarat hampir sejam itu adalah untuk menetapkan tarikh bagi mengadakan mesyuarat khas majlis memilih Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Ia susulan peletakan jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V berkuat kuasa serta merta, semalam.

Keberangkatan pulang Raja-Raja Melayu mula meninggalkan kompleks istana pada 12.25 tengahari.

Antara yang hadri Raja Perlis, Sultan Terengganu, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Sultan Johor, Sultan Perak dan Sultan Kedah.