Surprise Me!

Lelaki tampar juruwang diburu, mangsa cerita saat-saat ditampar

2019-01-09 3 Dailymotion

Berang kerana tidak dapat membeli tiga paket minyak masak, seorang lelaki menampar dan mengugut juruwang wanita di sebuah kedai serbaneka di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Dalam kejadian pukul 8.40 pagi semalam, mangsa yang berusia 29 tahun pada mulanya didatangi seorang pelanggan lelaki yang mahu membeli tiga paket minyak masak.

Video tersebut tular di media sosial.

Dalam satu lagi video tular, juruwang wanita terbabit sempat menceritakan pengalaman ditampar lelaki terbabit.

Terbaru, polis memburu lelaki terbabit untuk disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mengugut dan mendatangkan kecederaan kepada mangsa.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt A A Anbalagan hari ini berkata kejadian pada kira-kira 8.40 pagi semalam itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di kedai itu yang membantu pihak polis mengenal pasti identiti lelaki berkenaan.

Buy Now on CodeCanyon