ADUN Semenyih, Mohd Bakhtiar Mohd Nor meninggal dunia awal pagi tadi, di percayai akibat serangan jantung.<br /><br />Mohd Bakhtiar, 57 yang juga wakil rakyat dari Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kajang kira-kira jam 4.45 pagi.<br /><br />Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan sejurus solat Jumaat di Masjid Kampung Pasir, Semenyih sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Pasir.
