SUBANG JAYA 11 Jan. - Sebuah taman rekreasi berkonsepkan hutan bandar yang dibangunkan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dibuka kepada orang ramai di USJ 3C, Persiaran Setia, di sini hari ini.<br /><br />Yang Dipertua MPSJ, Noraini Roslan berkata, taman rekreasi hasil cetusan idea orang awam itu menempatkan pelbagai spesis pokok dan tanaman herba selain pelbagai kemudahan untuk kegunaan penduduk setempat.