Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur anggota parti itu mesti berhenti 'bermain wayang' sebaliknya menumpukan usaha mengukuhkan permuafakatan dalam parti dan memperkemaskan disiplin.

Turut menjadi perhatian Anwar ketika ini ialah tingkah laku sesetengah anggota parti yang mempunyai jawatan.
Katanya ada antara mereka berasakan mereka boleh berbuat sesuka hati masing-masing selepas memperoleh jawatan tertentu.

Tambah Anwar, beliau tidak akan sekali-kali bertolak ansur dengan pelanggaran disiplin yang berlaku dalam parti.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis Malam Gala PKR di Shah Alam malam tadi.

Pada 28 Dis lalu, Anwar mengumumkan barisan 14 jawatan lantikan parti itu yang menyaksikan Rafizi dilantik sebagai naib presiden manakala Saifuddin Nasution Ismail dipilih semula sebagai setiausaha agung.

Hal itu menyebabkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menyuarakan rasa tidak puas hati dan menyifatkan pelantikan itu tidak mencerminkan prinsip "perwakilan yang adil dan saksama" terhadap aspirasi anggota parti.

Masalah itu menyebabkan timbul desas-desus bahawa hubungan Anwar dan Azmin terjejas, yang bagaimanapun dinafikan Azmin.