MyPPP akan membuat rayuan dalam tempoh 30 hari kepada Menteri Dalam Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung keputusan pembatalan parti itu oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), kata Presidennya, Tan Sri M Kayveas.

Beliau berkata, pihaknya mengesahkan sudah menerima emel notis merah daripada ROS serta turut maklum akan perkara itu melalui hebahan di media sosial.

"Kita ada masa 30 hari untuk membuat rayuan kepada Menteri Dalam Negeri.

"Menteri boleh membuat keputusan sama ada menerima keputusan ROS, atau membuat pindaan terhadap keputusan itu atau boleh menyatakan untuk tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebagai reaksi terhadap keputusan ROS membatalkan pendaftaran MyPPP di Pusat Khidmat MyPPP Parlimen Cameron Highlands di sini, hari ini.

ROS membatalkan pendaftaran MyPPP berkuat kuasa hari ini.

Pembatalan itu dibuat Ketua Pengarah ROS, Masyati Abang Ibrahim menerusi notis kepada parti berkenaan yang mana salinannya turut diserahkan kepada Kayveas, dan Datuk Seri Maglin Dennis D’Cruz.