Pemerhati politik Malaysia Bridget Welsh hari ini berkata terdapat kekecewaan umum berhubung prestasi kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas lapan bulan gabungan itu mengambil alih kerajaan pusat.

Jelas Welsh, dengan isu hubungan kaum terus menjadi latar politik Malaysia, PH secara tidak langsung telah meminggirkan penyokongnya.

"Presiden AS Donald Trump bergantung kepada penyokong terasnya untuk terus berkuasa, dan kita tidak menyaksikan perkara seumpamanya di Malaysia.

"Semua pihak boleh dikatakan kecewa," kata Welsh pada forum yang diadakan sebagai sebahagian pengisian program 'Membina Malaysia Baru: Agenda dan Aspirasi' anjuran Help University.

Welsh, yang menggambarkan prestasi semasa PH sebagai membimbangkan, mengaitkan kekecewaan orang ramai dengan pendekatan PH yang menurutnya cuba meningkatkan perwakilan Melayu di parlimen.