Surprise Me!

EKSKLUSIF: Ada suara curiga tanda orang sayang DBP

2019-01-15 245 Dailymotion

Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyambut baik reaksi negatif sesetengah pihak terhadap pelantikannya dan menganggap ia petanda positif pada agensi itu.

Kata Abang Sallehuddin Abang Shokeran, kebimbangan sepatutnya berlaku jika perkembangan DBP tidak dipedulikan orang ramai.

“Bayangkanlah kalau siapa ketua pengarah DBP tak ada yang kisah.

"Apabila kerisauan ini (berlaku) kita tahu harapan mereka terhadap DBP sangat besar.

“Kami akan cuba memenuhi harapan mereka dan terbuka kalau ada cadangan, dan pada masa sama meraikan perbezaan pandangan," katanya kepada Malaysiakini.

Terdahulu, penggiat teater dan penulis, Dinsman memuat naik hantaran di Facebook miliknya dengan berkata: “Salam takziah DBP" selepas DBP mengisytiharkan Abang Sallehuddin, 57, sebagai ketua pengarah yang baru untuk agensi itu.

Buy Now on CodeCanyon