Bekas pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dijangka didakwa di mahkamah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok.

Anggota parlimen Baling dan pemimpin Umno berprofil tinggi itu hadir di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya menjelang jam 3 petang tadi.

Sumber yang dekat dengan siasatan itu mengesahkan Abdul Azeez ditahan sebelum dibawa ke mahkamah untuk menghadapi tuduhan berkaitan pengubahan wang haram dan rasuah.

Menurut sumber, Abdul Azeez didakwa menerima wang rasuah daripada ramai kontraktor bagi membolehkan mereka memperoleh projek kerajaan.

Untuk rekod Abdul Azeez ialah presiden Kelab Putra 1Malaysia.