Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa berkata parti itu masih belum memutuskan mengenai kemungkinan enam bekas anggota parlimen kembali kepada Umno.

Terdahulu, enam anggota parlimen yang keluar Umno bulan lepas dilapor mungkin membuat pusingan U dan dijangka memohon menyertai semula parti itu tidak lama lagi.

Mereka dikatakan berbuat demikian kerana tindakan undang-undang yang diambil terhadap mereka bulan lalu.

Mereka ialah Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Abdul Latiff Ahmad (Mersing), Shabudin Yahaya (Tasik Gelugor), Hamzah Zainudin (Larut), Mohamad Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam) dan Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah).

Annuar berkata Umno adalah sebuah parti yang terbuka dan bekas anggota parlimen berkenaan masih merupakan sahabat mereka.