Bekas naib presiden Umno, Hishammuddin Hussein berkata pelbagai spekulasi mengenainya sebelum ini termasuk dikatakan akan keluar parti, terbukti salah apabila beliau turun berkempen pada pilihan raya kecil Cameron Highlands.

Katanya, ia juga sekali gus melenyapkan desas desus bahawa beliau akan menyertai Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) pimpinan Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata demikian kepada wartawan di Cameron Highlands hari ini.

Hishammuddin diiringi Timbalan Presiden MIC, M Saravanan dan timbalan presiden MCA Mah Hang Soon ketika menemui pengundi di Brinchang.