Surprise Me!

Tikus dalam pawagam, pihak pengurusan mohon maaf

2019-01-17 1,173 Dailymotion

Seorang pengunjung terganggu dengan kehadiran tikus ketika menonton wayang di sebuah pawagam di pusat beli belah di Kota Kinabalu, Sabah.

Dalam video yang dimuat naik di Facebooknya pada Ahad lalu, dia terkilan kerana pihak pengurusan pawagam tidak menjaga kebersihan dalam pawagam.

Jelasnya, walaupun cuba menghalau tikus yang panjat di tempat duduknya, namun haiwan itu tetap tidak takut.

Dalam pada itu, pihak pengurusan pawagam dalam satu kenyataan pada Isnin bagaimanapun memohon maaf di atas kejadian itu.

Kata pengurusan pawagam terbabit, mereka sedang melakukan proses pembersihan besar-besaran dan menaik taraf semua bilik secara berperingkat.

Buy Now on CodeCanyon