Itu antara pengalaman yang tidak boleh dilupakan oleh penyelia Pasukan Khas Udara Bomba (Paskub), Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Asri Harun sepanjang 18 tahun berkhidmat dalam pasukan elit bomba tersebut.<br /><br />Menceritakan kembali peristiwa itu, Asri berkata, insiden tersebut berlaku kira-kira 10 tahun yang lalu semasa dia dikerahkan untuk mengikut operasi memadam kebakaran hutan di Gunung Kenderung, Gerik, Perak.
