Kehadiran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Cameron Highlands disambut meriah oleh penduduk orang asli di sana yang kelihatan cukup teruja dengan kemunculan Najib.

Najib hadir untuk membantu calon Barisan Nasional (BN) Ramli Mohd Nor berkempen sempena Pilihan raya kecil.

Kelihatan juga pemuda Orang Asli yang memeluk erat Najib sehingga dilerai oleh orang sekeliling.

Najib meluangkan masa melawat Pos Terisu di Cameron Highland dan kawasan sekitar diiringi Ramli.