Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Tajuddin Abdul Rahman yakin BN mampu mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands pada PRK 26 Januari ini.

Malah beliau yakin calon BN Ramli Mohd Nor akan menang dengan majoriti lebih besar berbanding PRU lalu, iaitu lebih 3,000 undi.

Beliau berkata ini kerana tidak berlaku lagi pertembungan tiga penjuru yang pada PRU lalu banyak memecahkan undi PAS dan Umno.

Beliau berkata demikian ketika sesi Teh Tarik Bersama Media di Kuala Lumpur semalam.

Pada PRU ke-14, calon BN C Sivarraajh menang di kawasan parlimen itu dengan majoriti 597 undi, mengalahkan calon PH M Manogaran, Wan Mahadir Wan Mahmud (PAS), B Suresh Kumar (PSM) dan Mohd Tahir Kassim (Berjasa).