Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) diharap mempertimbang meletakkan calon wanita pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih pada 2 Mac ini.

Ketua Srikandi Bersatu Datuk Seri Rina Harun berkata pertimbangan itu wajar diberikan berikutan bilangan pengundi wanita dan lelaki adalah sama rata selain mempunyai calon wanita yang layak dan berkaliber.

"Bukan sahaja di Semenyih, malah di seluruh Malaysia 50 peratus pengundi adalah wanita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dialog Bersama Usahawan Wanita Malaysia: Wanita Pemacu Ekonomi Negara semalam.

Rina berkata pihaknya juga sudah mengemukakan senarai calon namun menyerahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi parti untuk membuat penilaian.