Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kontroversi sekitar tarian pegawai tinggi perundangan negara dan menteri undang-undang pada majlis makan malam gala baru-baru ini tiada kena-mengena dengan isu moral.

Beliau menegaskan isu yang sebenarnya mengenai pemisahan kuasa di antara pihak eksekutif dan kehakiman.

Najib menjawab soalan pemberita itu selepas sesi ramah mesra di The Podium, di Damansara hari ini.

Beliau merujuk kontroversi sekitar video yang tersebar menunjukkan Peguam Negara Tommy Thomas, Ketua Hakim Negara Richard Malanjum dan Menteri Undang-undang Liew Vui Keong menari bersama beberapa orang peguam ketika Majlis Makan Malam Gala sempena Pembukaan Tahun Undang-undang 2019.

Majlis anjuran Persatuan Undang-undang Sabah itu berlangsung pada malam Khamis lalu di Magellan Sutera Resort di Kota Kinabalu, Sabah.