Pengarah Komunikas AMANAH Khalid Samad membidas kenyataan Pemangku Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan yang mengatakan Tun Dr Mahathir Mohamad dikawal oleh DAP.

Menurut Khalid, jumlah ahli parlimen DAP tidak lebih 50 ahli parlimen justeru sekaligus ia tidak sampai separuh ahli parlimen untuk membolehkan ia membentuk kerajaan.

Tambah Khalid lagi, kerajaan Pakatan Harapan kini tidak didominasi oleh mana-mana parti kerana setiap parti bertindak bersama-sama atas dasar prinsip yang telah ditetapkan.

Pemangku Pengerusi BN Mohamad dalam ceramah Pentas Perdana di Felda Sungai Koyan berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad seolah-olah dijadikan 'wayang kulit' manakala DAP menjadi 'tukang karut.'