Usaha mengangkat keluar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terhumban ke laut Ahad lepas berjaya, apabila sebahagian daripada badannya mulai timbul di permukaan laut kira-kira pukul 5.45 petang.

Pasukan operasi yang terdiri dari 40 orang penyelam dari pelbagai agensi itu berjaya mengikat SUV jenis Mazda CX-5 itu sebelum ditarik ke atas jalan di Jambatan Pulau Pinang kira-kira pukul 6.07 petang, selepas bertungkus lumus menjalankan operasi itu sejak semalam.

Bernama difahamkan mayat, dipercayai Moey Yun Peng, 20, seorang pelajar kolej swasta di sini, ditemukan berada di tempat pemandu kenderaan tersebut sejurus pemeriksaan dilakukan pihak polis.

-Bernama