Selepas digelar 'raja troll' , bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini menghasilkan sebuah lagu yang bertajuk Harapan.

Video yang dimuat naik di akaun Youtube Najib Razak Fans itu berdurasi sepanjang 4 minit 37 saat.

Lirik lagu itu menceritakan perasaan Najib yang tewas pada pilihan raya umum yang lalu.

Namun tidak dapat dipastikan siapa pencipta lagu dan penulis lirik sebenar.