Aktifnya Datuk Seri Najib Razak di media sosial dan kekerapan beliau bertemu rakyat mungkin menarik perhatian ramai sejak tidak lagi menjadi perdana menteri.<br /><br />Namun di mata Tun Dr Mahathir Mohamad apa yang dilakukan Najib itu tidak lebih daripada cubaannya untuk meraih simpati selepas kalah pilihan raya serta didakwa di mahkamah.<br /><br />Kata Mahathir apa yang dilakukan oleh Najib itu supaya beliau kelihatan seperti dianiaya oleh kerajaan PH.