TEMERLOH 25 Jan. - Pertama kali bertemu rakyat selepas diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16, gerak-geri dan pendekatan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah semasa berhadapan dengan mereka hari ini masih sama.<br /><br />Walaupun bergelar ketua negara berkuat kuasa 31 Januari ini, sifat ramah mesra yang berteraskan prinsip 'raja dan rakyat berpisah tiada' terus subur dalam diri baginda.
