Bekas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menganggap kemunculan Datuk Seri Najib Razak bersama penjenamaan #bossku dan membantu kempen di PRK Cameron Highlands sebagai hak Najib.<br /><br />Bagaimanapun, Ahli Parlimen Rembau itu tidak akan memanggil Najib dengan panggilan 'bossku' kerana beliau tidak lagi menjadi presiden partinya. <br /><br />Bekas perdana menteri Najib baru-baru ini terkenal dengan tagline #maluapabossku dan diberi gelaran raja troll kerana aktif di media sosial.