Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menepis dakwaan calon PH Cameron Highlands, M Manogaran yang mendakwa Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi berkenaan kerana memainkan isu perkauman.

Najib berkata apa yang BN lakukan hanyalah mempertahankan hak orang Melayu dan hak yang bukan Melayu.

Jika BN memainkan isu perkauman, kata Najib, ada juga kaum Cina dan India juga turut menyokong BN.

Manogaran adalah calon PH yang gagal untuk kali ketiga dalam percubaannya merebut kerusi Parlimen Cameron Highlands.

Najib berkata demikian kepada pemberita selepas meluangkan masa menziarahi pelakon Ebby Yus di kediamannya di Kampung Baru, Kuala Lumpur tengah hari tadi.

Selain penyakit buah pinggang, pelakon kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu turut menghidap penyakit jantung dan kencing manis.

Najib sempat memberikan sehelai t-shirt #maluapabossku kepada Ebby.